
Pihak Surau Al-Husna telah mengadakan satu Majlis Perpisahan pada 2/11/2010 selasa selepas solat isyak yang lalu ini berikutan Tuan Imam Haji Shahidal akan berpindah ke negeri asal beliau di Sabah.
Pihak Surau merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau selama berkhidmat sebagai Imam di Surau Al-Husna Bandar Botanic sejak 4 tahun yang lalu.
Pada majlis tersebut yang penuh dengan emosi sebahagian ajk surau sebak dan sedih dengan perpisahan tersebut dengan ucapan selamat jalan semoga dapat dipertemukan lagi .
Di majlis tersebut juga telah bersetuju melantik pemangku Imam iaitu Saudara Izudin dan turut di bantu oleh Pengerusi Ust Zul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan