SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOGS RASMI SURAU AL-HUSNA BDR BOTANIC

Akaun Surau Al-Husna Bandar Botanic Bank Muamalat 1204 0002462 71 0
" Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai mengandungi seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas kurniaNya lagi Maha Mengetahui

Sabtu, 1 Oktober 2011

Lawatan Jasamu dikenang...


Baru-baru ini sempena kunjungan Idul Fitri kami berkesempatan melawat Ybg Al-Ustaz Hj Bahari Bin Salleh di Taman Sungai Sireh yang sedang keuzuran dalam menanggung kesakitan akibat lanjutan dari pembedahan tempohari di KPJ Selangor.

Keadaan beliau amat menyedihkan apatah lagi sudah hampir 6 bulan sudah tidak boleh bertutur seperti kebiasaan.Ahli keluarganyan terpaksa menggunakan bahasa isyarat atau pun "imbasan kad " untuk berkomunikasi.

Beliau begitu banyak jasa kepada penduduk Pangsapuri Palma Bdr Botanic khususnya kerana sering memberi kuliah agama di Surau Al-Husna dalam pengajian ilmu Feqah pada beberapa tahun yang lalu sewaktu beliau masih sihat hinggalah hadir dengan bertongkat demi untuk memenuhi tuntutan agama.

Pihak Surau mengucapkan jutaan terima kasih keatas ilmu yang telah dicurahkan kepada penduduk semoga Allah membalas jasa beliau dengan setimpalnya. Amin

Wassalam

Isnin, 26 September 2011

Majlis Sumbangan Anak Yatim, Warga Emas, Imam & Bilal Terawih danTadarus Al-Quran






Majlis Sumbangan Ramadhan Pejabat Penyelaras N46

Wakil Surau Al-Husna sedang menerima sumbangan cek di majlis tersebut .

Majlis sumbangan kepada seluruh surau kawasan Dewan Undangan Negeri N46 sempena menyambut Ramadhan al-mubarak yang di sampaikan oleh Pegawai Penyelaras N46
En. Suhaimi Bin Mohd Nor baru-baru ini di masjid Kg Pendamar.

Sabtu, 13 Ogos 2011

MAJLIS RAMAH MESRA PENGHAYATAN RAMADHAN





PENCERAMAH UNDANGAN
USTAZ SHAMSUL FIRDAUS ALHAFIZ
Pegawai Khas Kpd YB Yaakob Bin Sapari
( EXCO Kerajaan Negeri Selangor )
Tarikh : 12 Ogos 2011 ( Jumaat )
Masa : 6.30 Ptg - 11.00 Mlm
Tempat : Surau Al-Husna Pangsapuri Palma
Bandar Botanic

ATURCARA
Berbuka Puasa,Solat maghrib,Tazkirah,Terawih & jamuan Moreh

Dengan kerjasama
Pusat Khidmat Rakyat N46 Pelabuhan Klang
( En.Suhaimi Bin Mohd Nor )

Ahad, 31 Julai 2011

Program Gotong-royong & Bubur Lambuk








Surau Al Husna akan mengadakan program gotong royong dan membuat bubur lambuk pada 31-7-2011 ahad jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan suasana

Selamat datang Ramadhan 1432H

Program Waqaf Al Quran





Wakil daripada Madrasah Darul Mujahidin,Kuala Langat menerima sumbangan naskah al Quran dari wakil Surau Al Husna Bandar Botanic baru-baru ini.

Ahad, 26 Jun 2011

Ceramah Israk & Mikraj 1432h/2011




MAJLIS CERAMAH SEMPENA ISRAK & MIKRAJ 1432H/2011

29 JUN 2011 @ 27 REJAB 1432H

RABU 8.00 MALAM

USTAZ MUHAYAT BIN HJ YUSOF

( PENDAKWAH AGAMA )

JAMUAN DISEDIAKAN

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

Sabtu, 21 Mei 2011

CERAMAH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR 2011





CERAMAH ANJURAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR LZS

17.5.2011 SELASA

SELEPAS SOLAT MAGHRIB

UST MOHD FARID & UST ZAKI

PEGAWAI LZS SHAH ALAM

MUSLIMIN & MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

Rabu, 20 April 2011

PROJEK SURAU 2011




LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) TELAH MELULUSKAN PERMOHONAN PERUNTUKAN UNTUK MEMBINA TEMBOK DI RUANG TAMBAHAN SEBELAH BAHAGIAN KIRI SURAU

Selasa, 12 April 2011

PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH / WAKAF AL-QURAN


YURAN KHAIRAT KEMATIAN 2011

BADAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-HUSNA BANDAR BOTANIC KLANG

Assalamualaikum w.b.t

Tuan,

PEMBAYARAN YURAN KEAHLIAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-HUSNA BAGI TAHUN 2011.

Perkara di atas adalah di rujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa yuran keahlian khairat tuan telah/akan tamat pada ……………………………

Oleh yang demikian tuan dikehendaki menjelaskan yuran keahlian sebanyak

RM 24.00 setahun bagi meneruskan lagi menafaat yang akan dilindungi apabila berlaku kes kematian keatas tanggungan pihak tuan.

Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih.


Yang Menjalankan Tugas,

Sarifuddin Bin Kasih

Bendahari,

Badan Khairat Kematian.

Ucapan Takziah

Pihak Surau al-Husna mengucapkan salam takziah kepada Bendahari Surau Pak Din kerana ibunda mertua beliau telah kembali kerahmatullah pada 4/4/2011 Isnin jam 5 ptg. semoga keluarga dapat menerima dengan tabah ketentuan ilahi dan Allahyarhamah tergolong didalam orang2 yang beriman. "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..."

Daripada,
Ust Zul
Pengerusi

Isnin, 14 Februari 2011

Program Maulidur rasul

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011

Tarikh : 15.2.2011 @ 12 Rabiul Awwal 1432H (selasa)
Masa : 8.00pg hingga 12tgh
Tempat : Masjid Al-Falah Kg Idaman

Seluruh penduduk Pangsapuri Palma dijemput Hadir
................................................................................................
Sesi malam:

Ceramah Perdana Maulidur Rasul

Penceramah : Ustaz Muhammad Zulbakri Bin Baharin
Jawatan : Pendakwah Bebas
Masa : 8 mlm
Tempat : Surau Al-Husna Pangsapuri Palma,Bdr Botanic

Muslimin & Muslimat dijemput Hadir

Kuliah Maghrib

Kuliah Agama

Penceramah : Ustaz Abdul Halim Bin Abdullah
Jawatan : Imam Masjid Al-Falah Kg Idaman
Rujukan : Kitab Feqah dan Tauhid
Tarikh : 12 & 26.2.2011 setiap sabtu
Masa : Selepas Maghrib

Muslimin & Muslimat di jemput Hadir

Ahad, 6 Februari 2011

Tn Hj Abdul Razak dalam kenangan....

Tn Hj Abdul Razak yang tinggal di blok M salah seorang jemaah Surau al-Husna telah kembali kerahmatullah pada hari jumaat 4.2.2011 yang lalu. Jenazahnya telah disemadikan di tanah perkuburan Islam Kg Pendamar.Pihak Surau mengucap takziah kepada keluarga semoga tabah menghadapi ketentuan Ilahi.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas pemergian beliau. Al fatihah

Ahad, 16 Januari 2011

Gambar sekitar Maal Hijrah 1432H/2011

Tn Hj Amin menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang peraduan mewarna upin&ipin

Sebahagian jemaah kusyuk mendengar persembahan dari kumpulan Qasidah

Jemputan khas kumpulan Qasidah dari Tmn Bdr Putera,Kota Raja

Ust Zul, Pengerusi Surau sedang menyampaikan ucapan alu-aluan perasmian majlis


Kanak-kanak sedang tekun mewarna

alamak...ni bapak ke anak yang nak mewarna ni??

Ustz. Harisah sedang sibuk melayan pendaftaran mewarna