Keadaan beliau amat menyedihkan apatah lagi sudah hampir 6 bulan sudah tidak boleh bertutur seperti kebiasaan.Ahli keluarganyan terpaksa menggunakan bahasa isyarat atau pun "imbasan kad " untuk berkomunikasi.
Beliau begitu banyak jasa kepada penduduk Pangsapuri Palma Bdr Botanic khususnya kerana sering memberi kuliah agama di Surau Al-Husna dalam pengajian ilmu Feqah pada beberapa tahun yang lalu sewaktu beliau masih sihat hinggalah hadir dengan bertongkat demi untuk memenuhi tuntutan agama.
Pihak Surau mengucapkan jutaan terima kasih keatas ilmu yang telah dicurahkan kepada penduduk semoga Allah membalas jasa beliau dengan setimpalnya. Amin
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan